Tuesday 28 June 2011

Bagaimana Mengatasi Masalah Kemurungan

Sesetengah masyarakat berpandangan bahawa masalah kemurunga  ini adalah salah satu penyakit yang berpunca dari minda.Namun pandangan ini hanya merangkumi subjektif semata-semata tetapi tanpa disedari ia berlaku disebabkan tekanan hidup yang bercampur dari aspek emosi sehingga menghimpit tanpa ada penyelesaian.Terutamanya kepada kanak-kanak yang baru menjalani proses perkembangan kehidupan terlalu mudah mendapat penyakit kemurungan disebabkan dari pancaroba kekeluargaan yang mendidik tanpa ada merasai bahawa anak kecil juga mempunyai sifat malu ketika berada dikhalayak ramai namun mereka ditengking tanpa ada belas kasihan oleh ibubapa yang hanya ingin melepaskan tekanan sendiri.
Ibubapa juga perlu memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah mentor kepada anak-anak yang ingin meningkat naik.Sekiranya cermin yang kabur bagaimana ingin nampak keindahan pantulannya.
Untuk rawatan kemurungan ini pada peringkat awal boleh dilihat dari sudut kelakuan yang aneh seperti temenung ditengah kegembiraan tanpa memperdulikan orang disekeliling sehingga ditegur barulah ia sedar tindak tanduk sendiri.Emosi terpenting dalam proses kehidupan kerana ia bersebelahan dengan minda yang satu-satu organ penilaian pandangan pada seseorang.
Sekiranya kedua-dua terganggu musnahlah impian untuk menuju atau mara kedepan dalam kemajuan diri.Kanak-kanak juga berperasaan untuk meluahkan isi hati yang tersimpan sekian lama namun mereka tidak diberi ruang kerana terselit di kesibukkan ibubapa yang melepaskan tanggungjawab pada penjaga yang sekadar inginkan habuan disetiap di hujung bulan.
Masa yang ada ketika dihujung minggu pula bukan untuk melayan kerenah anak-anak namun mereka lebih pentingkan kelayuan mata dari sinaran kasih yang diperlukan oleh amanah ALLAH.Bila dah tersungkur barulah tersedar dengan kesilapan apabila terjadinya anak memerontak dalam mencari kasih.Bagi peringkat dewasa mereka sedar diatas diri sendiri namun
Tanpa perhatian ia juga boleh menganggu pemikiran yang tiada had dalam mencari jalan keluar sehingga buntu dalam persimpangan jawapan.Faktor kemurungan yang tidak dikawal boleh terjadinya:
- Gila
- Meroyan
- Degil ( memberontak )
- Hilang pedoman diri
Ini semuanya terjadi diatas kecuaian sendiri dan suasana yang terlalu menghimpit.Apabila anak-anak yang memberontak inginkan sesuatu dan sebagai ibubapa usahakanlah untuk berlembut ketika menghalang bila ia tidak sesuai untuk dimiliki dan jauhilah dari kepantasan tangan kerana kesakitan yang terkesan boleh dilihat namun parah didalam boleh menjadi bara terbakar dengan curahan dendam.Murung yang pada permulaan dari emosi yang terjadi disebabkan oleh dahaga kasih sayang dari orang yang disayangi.
- Anak yang ingin belaian kasih dari kedua orang tuanya
- Isteri pula inginkan perhatian suami terutamanya ketika bersalin
- Suami inginkan kefahaman dalam menyelesaikan masalah ekonomi yang terhimpit
- Ibubapa perlukan perhatian anak-anak terutamanya ketika sakit
Majoritinya selagi bernama manusia semuanya inginkan perhatian kasih sayang tidak kiralah dengan jengahan atau bertanya kabar namun kini semuanya terlenyap disebabkan oleh kesibukan masa sehingga “wang menjadi raja” dalam sesebuah kehidupan tanpa disedari keperluan diri dari orang yang terdekat.
- Perhatian kepada isteri dengan mencari ruang membelai sekurang-kurangnya 7 kali
- Luahan kasih pada anak sekurangnya tiga jam dalam tempoh beriadah
- Bertanya khabar dan melawat bersama menjaga kebajikan dapat membuatkan   ibubapa terhibur kerana dengan itu mereka merasai kasih sayang anak terutamanya yang sudah berumahtangga.
- Sebagai adik beradik dengan bertelefon atau bersms sudah memadai untuk mengeratkan silaturrahim.
Kesimpulannya semua aspek yang terjadi oleh kemurungan boleh dielakkan dengan meluangkan masa agar boleh mengenali lebih mendalam isian hati yang terpendam supaya dapat menyirami bara dendam dengan lunak suara lembut dan ikhlas.
Nasihat yang berpedoman akan boleh memulihkan keperitan hati dan mencegah murung.Luangkan masa ketika ada agar tidak kesal ketika senang.  

No comments:

Post a Comment