Sunday, 12 June 2011

Alkisah Cerita Budak Kecil dan ibunya yang sungguh Lucu.

Ada sepasang suami isteri serta dengan seorang anaknya yang masih kecil telah pergi ke satu majlis kenduri.Apabila sampai ke kenduri itu mereka pun makan sehingga kenyang tapi dengan tiba-tiba anaknya yang kecil itu menjerit dengan kuat "makkk chek nak kencing" lalu dengan segera maknya menutup mulut budak itu untuk mengaver malu lalu dia membisikkan kepada anaknya "syyy...lain kali kalau nak kencing jangan cakap - mak chek nak kencing ,cakap la chek nak nyanyi"lalu anaknya pun menganggukkan kepalanya saja tanda mengobey perintah maknya itu. Sesudah itu ketika pulang ke rumah mereka sekeluarga berasa sangat letih mak budak itu telah tertidur manakala bapak budak itu sedang berbaring diruang tamu .Ketika dia hendak ketiduran lalu datang anaknya yang hendak terkencing sekali lagi lalu memberitahu bapaknya "paakk chek nak nyanyi " lalu bapanya pun dengan nada keletihan berkata "Ahhh nyanyi kat telinga ayah pelan pelan ayah nak tidur" lalu anaknya pun kencinglah ke dalam telinga ayahnya. Lalu marahlah bapa budak itu pada anak nya .

Moral Cerita Lucu ni : Budak Kecik Tak Tau apa-apa..Jangan ajar benda yang bukan-bukan..

No comments:

Post a Comment