Tuesday 5 July 2011

Cerpan : Kau Mata Hati Ku

Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm...sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!
Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga...siapa tahu.
Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam...masin... manis...semua ada!
Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa... seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.
Memang tidak disangkal, lukisan-lukisan nya semua tampak hidup. Cantik! Tapi apa yang dipelikkan? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan. Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.
Apa istimewanya lelaki ini? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian? Tapi serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda itu terlalu kacak, pastinya dia hanya mendapat perhatian gadis-gadis saja. Namun kini bukan saja para gadis, ‘mak-mak’ dan ‘bapa-bapa’ juga turut setia melihat.
Takkan orang KL tak pernah tengok orang melukis potret??? Ada baca ayat ‘guna-guna’ ke??? Alamak...terlebih sudah! Hehehe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya yang hampir sempurna siap.
Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaanya, hatiku ini tidak akan puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini.Esok aku akan datang lagi...
***
“Lewat kau balik, Wan?” Hadi yang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa perkakas lukisan ditangan turun membantu.
“Hmm...ramai sangat pelanggan tadi. Tak menang tangan aku...” Ikhwan menghela nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.
“Yeke? Alhamdulillah...murah rezeki kau, Wan.” Hisyam yang sedang leka menonton drama Impak Maksima, menyampuk.
“Alhamdulillah. Aku pun tak sangka di bandar besar macam ni masih ada rezeki menanti untuk orang macam aku ni.” Wajah Ikhwan berubah mendung.
Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati. Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.
“ Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada dan Qadha nya.” Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah mengangguk tanda mengiyakan.
Ikhwan seyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik...di masa senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.
“Aku tahu. Terima kasih Hadi...Syam.”
Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.
***
Masjid India, 10 pagi...
Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam.
Dari jauh sudah kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis jalanan itu. .Hmm! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma ia tidaklah seramai semalam. Mungkin hari masih awal.
Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yang ‘istimewa’ tentangnya kerana semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan. Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia???
***
Masjid India, 10 malam...
Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menati si dia. Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah aku membuat kerja segila ini!
Untuk mendekatinya terus serasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan ‘pelanggan-pelanggannya.’ Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia selesai melakukan ‘tugasnya’ untuk malam itu.
Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi ku yang tertangguh kelmarin.
“Encik, boleh tolong lukiskan potret saya?” Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin mengumpanya bersembang denganku.
“Maaf, cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye.” Dia tidak memandangku. Tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku. Ape...tak cantik ke aku ni?!
Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak! Matanya...keningnya... hidungnya...mulutnya... semuanya cantik terbentuk.
Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang, aku kembali ke alam nyata.
“Encik, tolonglah. Satu potret je.” Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat mengenalnya dengan lebih dekat.
Panas hati ku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat tidak tahu!
Tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang ditangannya dengan kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku tergamam sendiri dengan sikapku yang tiba-tiba itu. Namun,dia dengan selamba tunduk mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi....
Aku terperanjat apabila tangannya teraba-raba mencari dan mengutip berus-berus yang jatuh tadi. Aksinya seolah-olah dia tidak nampak di mana kedudukan berus lukisan tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan perbuatannya.
“ Kenapa? Terkejut? Tak sangka?” Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku.
“Err...awak...” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku....
“Ya! Saya buta. Puas?” Aku terperanjat dengan kenyatan yang diberikan.
“Tapi...” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.
“Kuasa Allah. Segala yang diberikan adalah kurniaanNya yang tak ternilai...” Dengan perlahan dia mengungkapkan kata-kata itu yang menusuk ke jantung hatiku.
Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dengan mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yang dilukis. Dalam diam, aku mengagumi dirinya.
***
Dua tahun kemudian...
“Ikhwan...Suri nak tanya cikit boleh?” Aku memberanikan diri bertanya.
“Hahaha..sejak bila pulak kalau Suri nak tanya, Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan? Tanya aje lah...” Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.
“Emm... kalau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dengan Suri tak?” Aku memandang tepat ke matanya. Matanya celik namun siapa sangka pemuda kacak ini tidak cukup satu pacaindera yang tak ternilai harganya..
Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.
“ Wan, Suri tak main-main...” Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.
“Suri, Suri sendiri tahu Wan ni macam mana. Wan tidak sesempurna orang lain. Wan tak layak bergandingan dengan Suri. Wan buuu...” Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.
Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yang telah tersurat oleh Allah kepadaku.
“Hmm...” Ikhwan mengeluh panjang.“Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan akan mengawini Suri. Ini janji Wan!” Ayat terakhirnya benar-benar menbuat hatiku berlagu riang.
Aku akan nantikan saat itu...
***
Suatu pagi...
“Hello, Suri.” Awal pagi itu aku mendapat panggilan dari Ikhwan.
“Wan, kenapa ni tiba-tiba aje call?” Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari ini.
“Good news! Tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula...” Suaranya kedengaran begitu ceria.
“ Betul ke ni?” Aku sungguh gembira dengan berita yang disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.
“ Iye, sayang. Minggu depan operation .” Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak sabar lagi melihat dunianya kembali.
***
Sebulan kemudian...
“Suri! Kenapa Suri cuba jauhkan diri dari Wan?” Walaupun hanya berbual melalui telefon, suaranya jelas kedengaran tegang.
Ya! Selepas Wan mendapat ‘mata barunya’, aku sudah tidak menghubunginya lagi mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik pembedahan. Sengaja igin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.
“Suri...cakaplah. Kenapa diam? Suri tak suka Wan dapat melihat semula?” Aku diam. Tiada kata yang mampu ku ungkapan.
“ Suri..kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup untuk tidak melihat selama-lamanya asalkan Suri tak jauhkan diri dari Wan.” Nada suara Ikhwan berubah kecewa.
Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yang kedengaran. Bukan aku tidak mahu bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yang harus ku sembunyikan dari pengetahuannya.
“ Wan nak tatap wajah ‘mata hati’ Wan ni. Dan... Wan nak kabulkan janji Wan dulu pada Suri. Kita jumpa, ok?” ‘Mata hati?’ Aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut Ikhwan itu.
***
Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu. Di sini jugalah tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah reaksinya nanti apabila melihatku?
Ikhwan sampai tepat pada masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan bersama Suri, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada mahu terus ke sana atau menanti saja Suri di tempatanya berdiri.
Jantung aku pula tiba-tiba saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti Ikhwan sudah berada dekat dengan diri ini.
Entah mengapa tiba-tiba saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah di mana gadis buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.
Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur. “Err...maafkan saya Cik. Cik dah lama ke duduk dekat sini?” Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik! Sudah lama dia tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi itu.
“Ikhwan??? Awak Ikhwan kan?” Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.
“Ya..saya Ikhwan tapi macam mana...” Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya,gadis buta itu bersuara lagi.
“ Sebab saya Su..Suri...” Menggeletar aku menyebut namaku sendiri.
Adakah lelaki dihadapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yang dilihatnya itu adalah aku? Bagaimanakah reaksinya? Sayangnya aku tidak mampu melihat.
“Suri??? Betul ke awak ni Suri? Ikhwan tahu Suri dulu tak macam ni kan?” Agakkan ku tepat sekali. Ikhwan benar-benar terkejut.
Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerimaku seperti dulu? Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku? Aku pasrah andainya dia tidak mampu menerimaku seperti dulu. Aku terima takdirNya andainya dia bukan untukku lagi.
“Ya Allah...Suri, kenapa Suri sanggup buat ini semua? Kenapa Suri?” Ikhwan memegang bahuku dengan kedua belah tangannya. Kuat!
“Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saje demi cinta kita ni. Dan paling penting, Suri nak tengok Wan melihat semula. Walaupun Suri tak dapat melihatnya tapi Suri gembira.” Aku senyum.
“Suri nak tengok Wan melihat semula tapi Suri...” Suara Ikhwan kedengaran sedih. Benar-benar menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat ditelingaku.
Tanganku meraba-raba wajah kacak milik Ikhwan. Walaupun aku tidak boleh melihat lagi tapi aku tahu dia tetap lelaki paling kacak yang menghuni hatiku ini. Wajahnya basah. Ya! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata milikku kepada putera hatiku ini tapi hatiku benar-benar terkilan kerana telah menyebabkan air mata lelakinya tumpah.
“ Suri, Suri tahu tak pancaindera yang satu ini penting sangat? Suri tahu tak betapa besarnya pengorbanan yang Suri dah buat ni?” Ikhwan menyeka air mataku. Mata-mata yang melihat langsung tidak dipedulikan.
“Suri tak perlukan lagi...” Pendek aku menjawab.
“ Tapi kenapa?” Suara Ikhwan kedengaran terkejut.
“Sebab... Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa getaran melaluinya” Aku senyum lagi.
Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tangan Ikhwan semakin kejap pada tanganku. Terasa diri ini teramat dekat dengan dirinya.
“Suri..” Ikhwan memalingkan tubuhku mengadapnya.
“Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan? Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya...” Kata-katanya lembut menusuk terus ke jantungku.
Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu-satunya ayat keramat yang aku tunggu-tunggu selama ini.
Terima kasih Tuhan kerana menemukan diriku dengan lelaki ini. Aku yakin dialah jodohku kerana Kaulah mata hatiku. Selama-lamanya...
Tinta kasih,
AMINIELA..

Wednesday 29 June 2011

24 Ciri-Ciri Orang yang Mencintai Kamoo

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"

Cara Lelaki Menguji Wanita

Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murahReaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murahReaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamuReaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelakiReaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancongReaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamuReaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.
Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudara xxs di Forum Tentang Cinta.
ps: Pernahkah anda menguji pasangan anda dengan perkara-perkara di atas? Jika ya, apakah reaksi mereka?

Cerpan : Kisah Aku

Hye....
Di sini aku ingin kongsikan kisah aku denga anda semua. Bukan beerti untuk meraih simpati, mahupun bukan untuk di kata oleh pembaca sekalian.. Cuma, kini aku tiada teman untuk aku meluahkan apa yang aku pendamkan sekarang. Mungkin dengan cara ini aku dapat melepaskan sedikit tekanan dan perasaan bersalah yang ada dalam diriku...
Sebelum itu ingin aku katakan, bukan pintaku jadi begini, cuma mungkin kerana ianya kesilapanku dalam mengatur corak hidupku...Terus terang ku katakan pada kalian, aku kini berkawan dengan sesama jenis. Tetapi tidaklah sampai ketahap lesbian ataupun pengkid. Pemulaan aku terjebak dengan hidup sebegini, bila aku rasa kesepian, kesunyian. Ya! mungkin anda memikirkan tindakan aku terlalu bodoh. Jujur aku akui, aku juga seperti kalian semua, seorang hamba Tuhan yang perlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang insan yang bergelar kekasih.
Bagaimana harus ku mulakan ya?... huh... Aku mempunyai teman lelaki. Tapi jarak memisahkan kami untuk terus berhubung ataupun terus bersama. Aku menjalinkan perhubungan dengan teman lelakiku dari tahun 1997 sehingalah sekarang.. Pemulaan perhubungan kami seperti biasa.. Aku mengenalinya di sebuah daerah yang berlainan dariku. Untuk kesana memerlukan masa selama 15 jam untuk menaiki bas. Dan kalau menggunakan kapal terbang selama 1 jam. Aku mula berkenalan dengan teman lelaki ku sewaktu aku berpindah sekolah, dan menetap di daerah itu selama setahun bersama family ku. Sehabis saja tingkatan lima, aku berpindah balik ke tempat asalku.. Yang berjuta2 batu jauhnya. Perhubungan kami tergantung seketika. Setelah dua tahun tiada khabar, teman lelaki ku menghubungi aku melalui telefon. Waktu itu, telefon dirumahku di tukar nombor, dan oleh kerana itu kami loose contact. Masa itu barulah dia menceritakan bagaimana dia mendapat nombor ku. Ya! baru aku teringat aku pernah mengutuskan surat buatnya mengatakan pertukaran nombor telefon rumahku.Bermula dari detik itu kami akrab kembali. Waktu itu perhubungan kami ibarat biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tiada... Dia jauh di perantauan dan bertugas demi negara. Dia seorang angkatan tentera. Kadang2 sampai berbulan dia tidak menghubungiku kerana terpaksa bertugas di luar negara atau masuk hutan. Kadangkala sampai setengah tahun kami tidak berhubung. Namun ianya tidak mematahkan sedikit perasaanku padanya. Kerana kami telah patrikan janji bersama....
Sehinggalah.... aku merasa kesunyian, kerana selama bertahun2 bercinta kami hanya keluar sekali sekala, itupun kiranya dia balik bercuti... Aku faham dengan tugasnya, dan dia sentiasa mengharapkan aku sentiasa memahami.. Namun tahun demi tahun aku semakin sunyi... Sehinggalah pada suatu hari tahun 2005 aku di perkenalkan dengan seorang tomboy. Jujur aku akui, aku sering bergaul dengan golongan sebegini, hanya sekadar kawan.Pada mulanya aku dan 'kapel' aku hanya kawan, sehinggalah pada satu ketika dia menyatakan perasaannya padaku. Aku menolaknya dengan cara baik, kerana perasaan cintaku masih pada teman lelaki ku.
Tapi entah mengapa aku terkulai jua di padang cintanya. sikap ambil berat, dan entah apa2 lagi membuatkan aku semakin dekat dengan 'kapel' ku. Aku mula menerimanya. Mula menyayanginya, seolah2 dirinya ada lah lelaki pada pandangan ku.. Perhubungan ini kurahsiakan.. Mulanya aku beranggapan, aku cuma sekadar melepaskan rasa sepi dan kekosongan jiwaku... Tapi kini, sudah 3 tahun aku bersamanya...anggapan aku hanya sekadar melepaskan kesunyian bertukar menjadi sayang.. Lebih2 lagi teman lelaki ku jarang menghubungiku, walaupun tiap kali dia menghubungiku, masih terselit ungkapan rindu dan sayang..
Untuk pengetahuan kalian, aku pernah mengucapkan kata putus dengan teman lelaki ku hanya kerana 'kapel' ku. Ini kerana, pada malam itu aku terkantoi, bila teman lelaki ku menghubungiku masa kami makan bersama. Waktu itu 'kapel' ku yang menjawab panggilan itu.. Aku sanggup katakan pada 'kapel' ku dia hanya lah bekasku.. Bayangkan kalian, betapa kejam nya aku. Sehingga sanggup aku katakan pada teman lelaki ku agar jangan mengganggu ku lagi dihadapan 'kapel' ku.. Ya Allah, kejamnya aku...masih terngiang2 lagi di telingaku kata2 rayuan teman lelaki ku.. Aku terpaksa demi menjaga hati 'kapel'ku biarpun aku telah melukakan hati teman lelakiku. Betapa kejamnya aku.
Seminggu kemudian, aku cuba menghubungi teman lelaki ku, namun gagal. Setelah puas mencuba, akhirnya dapat... Mulanya dia hanya mendiamkan diri, setelah jenuh aku merayu dan memohon maaf, barulah dia bersuara, dan menyatakan kelukaannya.. Waktu itu, sekali lagi aku berbohong, aku katakan, aku terlalu tertekan pada malam itu dan terkeluar perkataan sedemikan. Aku katakan padanya, aku tidak mampu lagi menanti dan terus menanti..sekali lagi aku terpukul dengan kata2 tajamnya. Dia buka kembali paduan janji kami untuk setia walau apa yang berlaku... menitis airmataku mendengar pengakuannya. Terlalu jujur dia menyintaiku.. Waktu itu, aku katakan padanya, jika benar2 dia masih perlukan aku, dia harus datang menemuiku.. waktu itu sudah hampir empat tahun kami tidak berjumpa, hanya berhubung melalui telefon.
Semiggu selepas itu, aku sekali lagi terpukul bila adikku mengatakan teman lelaki ku sudah ada dirumah menantiku..(perhubungan aku dan sidia di restui keluarga. semua ahli keluargaku mengenali teman lelaki ku). Ya, Allah... pengorbanan apa kah kali ini.. Aku terpaksa berbohong dengan kapel ku untuk tidak menemuinya pada beberapa hari kerana ada hal keluarga.. Hari itu, terlerai rindu yang terpendam.. Namun, panggilan dari kapel ku menyebabkan aku mati akal untuk bertindak. Teman lelakiku hanya sempat bermalam semalam di rumahku.. Bayangkan, aku berbohong lagi padanya, mengatakan aku terpaksa di panggil bertugas, sedangkan masa itu adalah hujung minggu.. Ya Allah berdosanya aku.. Aku menghantarnya kelapangan terbang dengan penyesalan di hati. Hendak ku tarik kata2 ku, ianya sudah terkeluar. Hanya airmata mengiringi kepulangannya.. Teman lelakiku masih berlagak tenang, biarpun aku tidak temakan pujuk rayunya untuk membatalkan urusanku. pada pemergiannya, sempat lagi dia mengukir janji dan apa yang aku terkejut, dia meminta aku untuk menantinya sedikt masa lagi untuk di ijabkabulkan.. Aku hanya tersenyum..
Setelah menghantarnya, aku bergegas menemui 'kapel'ku.. Sepanjang perjalanan masih bersisa lagi perasaan bersalah ku pada teman lelaki ku... Sehingga sekarang aku dan teman lelaki ku masih berhubung seperti biasa, walaupun seperti chipsmore, dan perhubungan ku dengan kapel ku berjalan seperti biasa. Kini aku di belennggu oleh perasaan bersalah yang teramat sangat. Bukan kerana aku bersalah merahsiakan perhubungan ku dengan kapel ku dari teman lelaki ku, tetapi juga sebaliknya. Aku merasa bersalah dengan teman lelaki ku dan kapel ku. Aku berada dalam di lema, kerana jika aku berterus terang dengan kapel ku, aku bimbang sesuatu akan terjadi, kerana dia pernah bertindak bodoh bila pernah sekali aku cuba untuk meninggalnya, walaupun pernah dia suarakan hatinya, jikalau aku berkahwin nanti, dia tidak akan cuba menghalang jodoh ku.. Tetapi... aku kini masih berada dalam dilema........ Aku menangis di dalam hati...... meraung pun, tiada sesiapa yang mendengar.....
Blur gurl....

Cerpan : Kalau Jodoh Tidak Ke mana

Hari ini genaplah usiaku 24 tahun iaitu pada 30hb November 2003.
Tapi hatiku rasa tidak keruan, puasku berfikir kenapa agaknya. Sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya aku tidak pernah berperasaan begini. Lagi membuatkan aku rasa kecewa ialah pada saat-saat hari gembiraku ini orang yang paling kusayangi sudah melupai tarikh ulangtahunku.
Puas sudah kumenunggu panggilan darinya. hingga membuatkan aku tertanya-tanya kenapa dia tidak mahu menelefonku. Aku bukannya mengharapkan apa -apa cuma sekadar ucapan darinya. Itupun sudah cukup memadai bagiku. Memang aku akui aku dan dia memang jarang bertemu kerana aku di K.L manakala dia pula di Pantai timur. Jarak antara K.L dan Kelantan membataskan pertemuan kami tetapi itu tidak menghalang percintaan kami. Malah ikatan kasih sayang itu semakin bertambah dan sentiasa dibajai dengan perasan dimiliki dan ingin dimiliki.
Sedang aku termanggu sendirian, tiba – tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendengar suaranya ditelefon.  Kurasakan penantianku berhasil. Jika dia berada didepanku ingin aku mendakapnya sebagai tanda terima kasihku. Tetapi suara hatiku berkata kenapa baru sekarang dia hendak menelefonku.Argh… persetankanlah dengan semua ini. Asalkan dia sudah menelefon itu sudah mencukupi. Tetapi segala apa yang kuangankan umpama kaca terhempas ke batu.  Bukan ucapan ‘selamat hari lahir’ yang terungkap di bibir mungilnya tetapi dia hanya menyatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan perhubungan kami lagi. Dan dia mendoakan agar aku tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Ya Allah ujian apakah ni. Begitu mudah sekali dia memutuskannya. Tidakkah dia tahu yang aku benar-benar menyintainya. Hampir 4 tahun usia percintaan yang kami bina dan dia dengan mudah sekali melafazkan kata perpisahan. Sedangkan selama ini dia tahu aku bertungkus lumus berusaha mengumpulkan wang. Ini semata-mata kulakukan untuk menyuntingnya suatu hari nanti.
Puasku memujuknya agar memberitahuku apakah kesalahan yang telah kulakukan sampaikan dia sanggup berbuat demikian. Akhirnya dengan rasa sebak dan terharu dia menyatakan bahawa dia terpaksa mengikut kehendak kedua orang tua dan keluarganya. Dimana dia akan dijodohkan dengan ahli saudara terdekatnya.
Bagaikan gelap kurasakan duniaku ini. Tambah pilu hati ini lagi apabila aku mendengar suaranya yang tidak henti-henti menangis . Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku ke Kelantan untuk menemuinya. Tetapi apakan dayaku.
Aku benar-benar bingung ketika itu dan tidak tahu kepada siapakah untuk aku meluahkan perasaan yang berserabut ini. Ingin sahaja aku curahkan segala rasa hatiku kepada kedua ibubapaku, tetapi aku tidak sampai hati kerana selama ini mereka berharap agar aku dan dia akan bersatu. Di saat-saat ini barulah aku terfikir alangkah baiknya sekiranya aku mempunyai seorang kakak. Bolehlah aku meminta pandangannya. Hanya insan yang bernama wanita jualah yang lebih mudah memahami soal hati dan yang melibatkan perasaan kerana jiwa wanita ini amat halus dan penuh perasaan sentimental.
Hari-hari yang kulalui terasa kosong, hambar dan hilang serinya. Begitu jualah yang jelas kelihatan pada raut wajahku. Selama ini aku memang diketegorikan sebagai seorang yang terkenal dengan sikap periang. Tetapi semenjak kebelakangan ini aku mula bertukar watak malah sering bermurung. Bagiku sudah tidak ada makna lagi. Semenjak peristiwa itu aku telah berazam tidak mahu melibatkan diri lagi dalam soal percintaan. Hatiku telah tertutup rapat untuk mana-mana wanita. Aku sendiri pun tidak pasti sampai bilakah ianya akan terubat. Aku juga tidak mahu orang lain menyedari akan perubahan yang berlaku ke atas diriku. Segala susah payah biarlah ku sendiri yang menanggungnya. Bak kata pujanga “Berat mata memandang berat lagi bahuku yang memikulnya.
Ku ingatkan aku boleh bertahan tapi rupanya aku masih belum kuat lagi untuk menerima ini semua. Ku buangkan segala perasaan maluku, pernah ku menangis di hadapan 2 0rang sahabatku. Mereka jua pernah mengatakan yang mereka tidak sampai hati melihat keaadan aku dan takut ianya akan menjejaskan kerjayaku. Malah mereka berdualah yang banyak memberi ku perangsang dan semangat untuk aku terus bangun dari diselimuti oleh perasaan gundah gulana sepanjang masa. Terima kasih kalian berdua “kak jujie dan Kak shiba”.
Berkat sokongan dan dorongan dari mereka aku telah membulat tekad bahawa aku akan cuba sedaya upayaku untuk memilikinya. Bak kata pepatah “alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”. Berbekalkan semangat inilah aku meminta kedua ibu bapaku masuk meminang si dia. Walaupun aku sedia maklum bahawa sidia bakal dijodohkan dengan orang lain. Tetapi kurasakan yang aku masih lagi mempunyai peluang. Sedangkan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai. Inikan pula si dia yang baru hendak dijodohkan dengan orang lain. Bak kata orang ” the best man win”.
Pada mulanya kedua ibu bapaku enggan menurut kehendakku tetapi disebabkan aku beria-ia akhirnya mereka mengalah. Terima kasih buat emak dan ayah. Setelah mencapai kata putus. Ibu bapaku berbincang dengan kedua ibu bapa si dia mengenai hasrat hatiku. Walaupun hanya berbicara melalui telefon, akhirnya mereka bersetuju untuk menerima aku sebagai sebahagian daripada keluarganya.
Akhirnya, setelah pelbagai dugaan telah kuharungi. Aku dan keluargaku berangkat ke Kelantan menghantar rombongan meminang. Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi, pada tanggal 17/3/2004 cincin pertunanganku telah selamat disarungkan dijari manisnya. Bahagianya kurasakan disaat itu. Aku berjanji dengan orang tuanya bahawa aku akan menjaga anaknya dengan baik serta akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik kepada cucu-cucunya kelak. Insyaalah.
Aku bersyukur pada yang Esa kerana telah memakbulkan doaku selama ini. aku juga berharap agar perhubungan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Walau sebesar mana pun gelombang yang melanda aku berjanji akan cuba untuk menempuhinya. Aku akan pastikan orang yang aku sayangi akan sentiasa berada disisi.
Kepada pembaca, jadikanlah kisahku ini sebagai satu ikhtibar. Sekiranya kita sayangkan seseorang cepatlah bertindak. Jangan tunggu sampai sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, barulah kita akan menyesal.

Cerpan : Di Sempadan Hijab

Kepalaku terasa sakit, aku berdiri dan membuka mataku perlahan-lahan cuba melihat keadaan sekeliling. Aku dikelilingi kepulan asap seakan-akan kepulan awan. Dimanakah aku berada? Baru sebentar tadi aku cuba untuk memetik bunga Ros yang cantik berwarna ungu. Aku bingung memikirkan apa yang telah berlaku. Jiwaku bercelaru.
"Jangan bimbang Hidayu.. aku yang bawa kamu kemari", aku lantas berpaling kearah suara itu. Seorang lelaki perkasa berdiri di belakangku, tersenyum segak. Pakaiannya seakan-akan pahlawan kurun ke-15. "Kenapa awak bawa saya ke sini?", soalku gentar. "Aku sudah lama perhatikanmu Puteri ku", jawabnya jujur sambil menundukkan wajah ke tanah. "Tapi kenapa?", soalan ku tidak terus dijawab. Dia lantas datang ke arah ku berwajah serius, "Kerana aku cinta kamu". Aku membeliakkan mata. Dia tersenyum lalu memetik bunga Ros berwarna ungu yang berada di sebelah ku lalu memberikannya kepada ku. "Petiklah bunga ini jika kamu ingin bertemu dengan ku, keluarlah mengikut arah cahaya itu", katanya sambil menunding jari ke arah cahaya putih yang menyilaukan mata. Aku memandang ke arah cahaya itu dan berpaling semula ke arahnya, dia telah pun ghaib dari pandangan. Aku yang masih lagi kebingungan lantas berlari melalui cahaya putih tadi. Mataku terasa sakit. Aku memejamkan mata, terasa pawana meniup halus melanggar pipiku. Aku membukakan mata, kelihatan kanak-kanak berlari anak dihadapan rumahku. Disinilah tempat terakhir aku berdiri sebelum di bawa ke sempadan hijab sana. Entah apa nama tempat tadi aku pun tak pasti, yang pasti aku masih lagi dalam kebingungan. "Kerana aku cinta kamu", kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Siapakah pemuda tadi? Bila masa pula dia memerhatikan aku? Seingat aku, aku tak pernah pun melihat dia di kampung ini. Dalam aku berkira-kira akhirnya aku terlena.
Pagi itu setelah selesai menolong ibu mengemas dan memasak, aku pergi lagi ke belakang rumah."Petiklah bunga ini jika kamu ingin bertemu denganku", suara pemuda itu seakan angin yang meniup datang memperingatiku. Aku tercari-cari bunga Ros ungu itu. Aku harus bertemu dengan pemuda itu, aku mahu kan jawapan darinya. Mataku meliar tercari-cari bunga itu. Akhirnya mataku tertumpu ke arah bawah pohon beringin, bunga Ros ungu itu bercahaya seakan-akan memanggilku agar segera memetiknya. Aku mempercepatkan hayunan langkah, sampai sahaja betul-betul dihadapan bunga itu terus sahaja aku memetiknya. Terasa dingin menyelubungi diri, keadaan sekitar berubah seakan-akan berada di dalam sebuah taman yang cukup indah."Assalamualaikum Puteriku", suara pemuda kelmarin kedengaran lagi. Aku berpaling dan disambut senyuman manis olehnya. "Walaikumsalam", aku hanya tersenyum tawar. "Aku tidak menyangka kamu akan kembali lagi ke sini Hidayu", katanya sambil menyilangkan tangannya kebelakang."Saya cuma nak penjelasan dari awak, kenapa awak cakap yang awak cintakan saya?", soalku keliru. Senyuman manisnya dilemparkan ke arah air terjun yang sedari tadi turun mencurah-curah. Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara, "Aku sudah lama memerhatikanmu Hidayu, kau cantik dimataku""Tapi saya tak nampak awak pun, kenapa selepas petik bunga Ros ungu baru boleh nampak awak?", soalku bertalu-talu. "Kerana kita dipisahkan oleh dua hijab yang berbeza.. Namun cinta tak mengenal siapa", jelasnya lagi. Aku terdiam mengerti. "Ayuh kita ke rumahku", pelawanya tersenyum kacak. Aku hanya mengikutinya tanpa banyak bicara.
"Inikah gadis yang kau maksudkan itu Iskandar?", soal seorang wanita separuh abad dihadapanku. 'Oh, Iskandar namanya', getus hatiku. "Ya bonda, inilah Hidayu gadis pilihanku", jawabnya penuh adab sopan. "Kau harus mengerti, kita berlainan dunia anakku", wanita itu seakan memujuk. "Tiadalah yang lain mampu untuk ku cintai bonda", suara Iskandar mendatar. Aku hanya terdiam memandang kedua beranak itu berdialog. "Tak mengapalah marilah kita menjamu selera dahulu", wanita itu mempelawa. Kami menuju ke dapur dan menikmati hidangan makanan tengahari, anehnya makanannya sama seperti makanan penduduk di dimensi ku. Terataknya juga sama, tidak jauh beza. Cuma pertuturan mereka seakan-akan di zaman Hang Tuah. Aku seakan teruja, langsung tidak menyangka dapat melihat sendiri kehidupan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini. Subhanallah, begitu besar kuasa Allah pencipta.
Iskandar membawa ku bersiar-siar di taman, dia menghadiahkan ku sebentuk cincin emas yang sangat cantik. "Inilah tanda kasih ku padamu Hidayu", katanya jujur tersenyum kacak menampakkan lesung pipit di pipi kiri nya. Aku hanya tersenyum dan seakan sudah jatuh cinta. Manakan tidak, dia melayani ku bagaikan seorang puteri. Tutur katanya lembut dan sopan. Ayat-ayat cinta yang keluar dari mulutnya membuatkan aku seakan dihanyutkan lautan samudera."Hidayu, hari sudah petang eloklah kiranya kamu pulang dahulu", katanya jujur. Aku hanya mengganguk tanda setuju dan mengikutinya ke tempat bercahaya terang itu. Aku berpaling memandangnya sebelum melangkah kearah cahaya, "Is, aku juga cinta padamu". Ternampak garis-garis gembira pada riak wajahnya, aku berpaling dan berlalu pergi.
Aku muncul di bawah pohon beringin, nasib baik lah hari masih cerah. Kalau tidak Ibu dan Ayah pasti mengesyaki sesuatu. Aku cepat-cepat menuju ke rumah, Ayah dan Ibu masih di ruang tamu."Ayu, kamu kemana? Dah dua hari asyik hilang macam tu aje, dah nak dekat maghrib baru nampak batang hidung". Ayah sudah mula menyoal. "Ayu jalan-jalan ke rumah kawan", jawab ku lalu terus masuk ke dalam bilik. "Jangan ke belakang rumah sudah, tempat tu bukannya elok", kata Ibu pula menyambung. Aku hanya buat tak endah, biasalah orang tua-tua sengaja menakut-nakutkan anak mereka sebagai peringatan supaya berhati-hati.
Malam itu aku terus masuk tidur sedangkan keluargaku menjamu selera di dapur, aku mengenggam erat cincin pemberian Iskandar yang berbentuk seakan-akan bunga Ros ungu di belakang rumah. Wajah Iskandar menerpa di ruangan mata ku, senyuman manisnya menyerikan hidup ku dan cintanya memenuhi kekosongan hati ku. Iskandar sungguh istimewa, tidak ada seorang pun lelaki sepertinya. Dia sempurna di mataku.
Matahari menerjah di tingkap bilik menyilaukan mata ku, aku terus bangun bersiap-siap untuk bertemu dengan Iskandar kekasih hati. Melihatkan Ibu dan Ayah tiada, aku terus ke bawah pohon Beringin dan memetik lagi bunga Ros ungu untuk ke sebelah hijab sana. Iskandar masih setia menunggu ku di tempat yang sama, kami seakan terlena dibuai cinta dua dimensi yang berbeza. Begitulah setiap hari kami bertemu, sedar tak sedar sudah hampir sebulan kami memadu asmara, kasih ku padanya sudah tak terhitung banyaknya. Iskandar juga begitu, setiap saat berjanji untuk sehidup semati bersama dan meminta agar aku sentiasa setia dengan cinta kami.
"Hidayu, sudikah kamu menjadi suri hidupku?", soalnya tiba-tiba. Aku hanya tersenyum malu lalu melangkah menuju ke arah air terjun yang jernih. Iskandar mengikuti ku dari belakang. "Mengapa kamu berdiam diri?", soalnya seakan cemas. "Is. . saya beri jawapan esok boleh?", kataku meminta kebenaran. Iskandar hanya mengganguk perlahan dan tersenyum manis tanpa memaksa. Itulah sikapnya yang membuatkan aku jatuh cinta. Dia benar-benar seorang lelaki yang budiman dan berpegang teguh pada ajaranNya. Setiap hari pasti aku diajak berjemaah bersama dia dan ibunya di rumah.
Malam itu selepas makan malam, aku terus melangkah laju ingin menuju ke kamar. Tiba-tiba sahaja Ayah memanggil ku. "Ayah nak tanya sedikit, ayu buat apa kat belakang rumah siang tadi?", soal Ayah serius, Ibu yang duduk di sebelah Ayah pula tiba-tiba menitiskan air mata. "Ayu jalan-jalan Ayah", jawabku tersekat-sekat. "Jangan tipu, ayah nampak Ayu pergi ke pohon beringin petik sesuatu.. tapi Ayah tak nampak pun apa yang Ayu petik, lepas tu tiba-tiba ghaib", terang Ayah yang membuatkan ku terkedu seketika. Aku menelan liur. Tembelang ku sudah pecah. "Ayu tahu tak bawah pohon beringin tu tempat orang bunian?", soal Ayah lagi. Aku hanya mengganguk tanda faham. "Maknanya Ayu dah jumpa orang di sebelah sana?" Aku mengganguk lagi. "Ayu tahu tak kalau ada yang berkenan dan kahwin dengan Ayu, mungkin Ayu tak boleh balik ke dimensi kita lagi?", ayah memandangku sayu. "Pernah terjadi di dalam keluarga kita Ayu, nenek Su kamu tidak pernah lagi pulang ke sini sejak berkahwin dengan orang di sebelah sana", ibu menambah. Kali ini aku terkejut besar, bagaimana kalau ianya terjadi kepadaku? Apakah aku sanggup meninggalkan keluarga sendiri demi cinta terhadap lelaki yang berlainan dimensi? Aku memandang sayu cincin pemberian Is, tak semena-mena air mataku jatuh membasahi pipi. Ayah menghampiriku dan mengusap lembut rambutku. Ibu juga datang menghampiri untuk melihat keunikkan cincin dimensi sana.
"Pulangkan semula cincin ini, Ayah doakan kamu selamat pulang", ujar Ayah yang mengiringi ku ke pohon beringin. Aku memetik bunga Ros ungu lalu ghaib di mata Ayah. Iskandar hadir dengan sekuntum bunga Ros ungu, dia kemudiannya menghadiahkannya kepada ku. "Jawapanmu?", soalnya tidak sabar. "Is, saya cintakan kamu", kataku sayu. Tidak semena-mena air mata ku jatuh berlinangan.
Iskandar menghampiri dan mengusap lembut pipiku. "Mengapa?", soalnya kehairanan. "Iskandar, kita berasal dari dua dunia yang berbeza.. saya tak mahu berpisah dengan keluarga", jelas ku sayu. "Mana mungkin aku mampu hidup tanpa kamu Hidayu", suara Is terketar-ketar menahan sebak. "Sungguh aku menyintaimu", sambungnya lagi. "Saya pun begitu, tapi kita tak dapat melawan hukum alam sayang", jelasku sambil mengesat air mata yang sedari tadi turun mencurah-curah. Lalu ku memulangkan semula cincin pemberiannya. "Hidayu, benarkah keputusan mu begitu?", soalnya serius. Aku hanya mengganguk perlahan, esakan semakin kuat. Iskandar menghampiriku, dia memegang bahu ku lalu mengucup dahi ku tanda kasih. Aku memejamkan mata seeratnya, terasa titisan air mata Iskandar hangat membasahi dahi ku.
Aku membukakan mata, ternyata aku sudah kembali ke alam nyata. Ayah dan Ibu sedang menanti di belakang rumah, aku memandang sayu ke arah pohon beringin, tiada lagi Ros ungu disitu. Yang masih berbekas hanyalah titisan air mata Iskandar di dahiku. Sambil berlari anak menuju ke rumah, aku menangis semahunya. Hatiku hancur berkecai saat meminta perpisahan dari nya, aku terlalu menyayangi Iskandar. Ingin sahaja aku mengundurkan masa yang masih berbekas tadi menatap puas wajahnya yang bersih itu. Aku menoleh semula ke arah pohon beringin tadi. Ternyata Iskandar ada di situ melambai sayu, kelihatan titis-titis jernih terbit dari kelopak matanya. Semakin lama susuk tubuhnya semakin kabur lalu hilang dari pandangan. Sukarnya untuk ku berpisah denganmu Iskandar, ternyata cintamu berbekas di hatiku.

Cerpan : Kerana Kau Mata Hatiku